My Little Dragon

My Little Dragon

welcome


background

cctv

DASHBOARD

Tuesday 23 July 2013

Vita-C Plus Sustained Release





Inilah rupa Vita-C 1000mg 180 tablets. 
Sedikit info umum mengenai vitamin C dan mengapa ia perlu di dalam diet harian kita.
Vitamin C, juga dikenali sebagai ascorbic acid, ialah sejenis nutrien larut-air yang penting untuk tumbesaran yang normal. Vitamin larut-air terurai apabila berada di dalam air. Sisa dan lebihan vitamin ini akan dibuang dari dalam badan melalui air kencing. Oleh itu, bekalan berterusan vitamin seperti ini amatlah diperlukan.
Vitamin C adalah penting untuk :-
  • Membentuk protein yang penting untuk pembinaan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah
  • Membentuk kolagen [@_@ Kolagennn!! :-) ], juga sejenis protein yang diperlukan untuk membantu menyembuhkan luka
  • Membaiki dan memelihara rawan, tulang dan gigi
  • Meningkatkan keupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan
Vitamin C juga adalah merupakan salah satu anti-oksidan. Apa itu antioksidan? Antioksidan adalah nutrien yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Berikut adalah info tentang radikal bebas yang anda perlu tahu :-
  • Radikal bebas terhasil ketika tubuh badan menukarkan makanan kepada tenaga ataupun ketika kita terdedah kepada asap rokok dan radiasi
  • Radikal bebas yang terkumpul untuk satu jangkamasa yang panjang mengakibatkan proses penuaan
  • Radikal bebas juga merupakan salah satu penyebab kepada kanser, penyakit jantung dan kondisi seperti arthritis
Vitamin C TIDAK menyembuhkan atau mengurangkan risiko jangkitan demam selsema. Walaubagaimana pun, mereka yang mengambil Vitamin C dengan kerap dan teratur didapati cepat sembuh daripada demam selsema atau pun mengalami demam selsema yang tidak teruk. Mengambil Vitamin C selepas dijangkiti demam selsema tidak memberikan sebarang kesan penyembuhan.
Kekurangan Vitamin C mengakibatkan :-

Anemia
Gusi Berdarah
Kurang daya tahan jangkitan penyakit
Kadar penyembuhan luka yang lambat
Rambut kering dan bercabang
Cepat lebam
Gingivitis (keradangan pada gusi)
Hidung berdarah
Kemungkinan untuk pertambahan berat badan kerana metabolisme lambat
Kulit kasar, kering dan bersisik
Sakit dan bengkak sendi
Enamel gigi lemah


Apakah perbezaan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ dengan Vitamin C jenama lain?
  • Well, first and foremost mestilah jaminan Shaklee bahawa produk yang dihasilkan adalah Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Semulajadi.

  • Sustained Released bermaksud pembebasan secara berterusan. Vita-C Shaklee mempunyai teknologi pembebasan berterusan secara semulajadi. Teknologi ini sangat diperlukan kerana seperti yang telah saya tuliskan pada awal entry ini, Vitamin C sangat mudah hilang dari tubuh badan manusia kerana ia larut air. Jadi, dengan adanya teknologi ini, maka kita mampu mendapat manfaat Vitamin C secara berterusan kerana setiap jam, 100mg Vitamin C akan dilepaskan.

  • Setiap satu tablet Vita-C 1000mg adalah sama dengan khasiat 7 1/2 biji oren.
  •  Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Untuk makluman dan peringatan, kanak-kanak tidak boleh mengambil Sustained Release Vita-C Plus™ kerana dos adalah tidak sesuai. Shaklee menyediakan Vitamin C 100mg untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah Chewable Vita-C™ 100 mg.
Image234953789

Kalau berminat untuk mendapatkan Sustained Release Vita-C Plus™, anda boleh menghubungi saya untuk konsultansi percuma. Tidak tinggal berdekatan dengan saya? Jangan risau, Shaklee menyediakan perkhidmatan untuk pos produk idaman anda. :-)


Klik sini untuk beli sendiri Vitamin C



Atau hubungi saya di Wassap 0177040708







No comments:

Post a Comment